THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Friday, May 29, 2009

~ TiPs TuRuNkAn BeRaT bAdAn ~

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV. Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat. Kesan jangka masa panjangDiet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

8) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

9) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

10) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

~ HaKiKaT wAnItA ~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedangbersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangisdi dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamumenyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinyasemula sebelum kamumenegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia bencitentang orang yang paling diasayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bilahubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan soranglelaki,lelaki itu akansentiasa ada di fikirannya walaupun ketika diasedang keluar dengan lelakilain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenungtajam ke dalam matanya,diaakan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidaktau bagai mana diamenerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakamu separuh hati, tolakcintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buatkeputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diridarimu selepas kamu tolakcintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamumasih ingin menganggapdia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang merekarasa.Muzik,puisi,lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isihati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang merekaanggap tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan moodwanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalamdiam memberikan responpositif,misalnya menghubunginya melalui telefon,sigadis akan bersikap acuhtak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaiknya telefon diletakkandia akan menjerit kesukaan dan ! taksampai sepuluh menit,semuarekan-rekannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagiwanita.Jadi jangan senyumsembarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakandengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu denganlebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasansetiap kali kamu ajakkeluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminatdenganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama diamenghubungimu atau menunggupanggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali menebak apa yangdirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan seringbertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang palingromantik untuk memikathati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tanganmembaca buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari olehwanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buahhatinya,kemudian barulahdirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yangdicintainya sekarang akan berada di tempatteristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' ^_^ saja sudah cukup menceriakanharinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang diarasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baikdengan mereka semata-mataberselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujurdan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.

26. Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakanmereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah air mata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yangdisayanginya mengadakan surprisebuatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapanromantis).Mereka akan rasaterharu dan merasakan bahawa dirinya dicintaisetulus hati.Dengan ini diatak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambilresiko tentang mereka dan tentunyabaik terhadapnya.So,kalau pgen memikat wanitapandai-pandailah dlm bertindak.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita keranaapa yang dia mahuhanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuhjiwa.

~ RaHsIa PuNgGuNg ~

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??

1. SeimbangPaha dan punggungnya seimbang
Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.

2. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. TinggiPunggung tinggi ke atas
Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.